10 cara buat duit online dengan TikTok, Ramai yang tak tahu lagi!

 

Cara Dapat Duit Free dengan TikTok

Satu platform ni memang famous 1 dunia itu lah TikTok! 


Kalau dulu orang ingat TikTok ni hanya untuk suka-suka sahaja, tapi sekarang dah banyak yang buat duit dengan platform ni.


Betul, Gaisss kita boleh buat duit dengan TikTok kalau kita tahu macam mana nak guna peluang yang ada.


Dalam artikel ni, Mom Ivy nak kongsikan 10 Cara Jana Pendapatan Online dengan TikTok khas untuk orang-orang Malaysia, kerana ramai yang tak tahu lagi.


1. Jadi Influencer TikTok



Cara paling am untuk dapatkan duit dari TikTok ni memang jadi influencer. Untuk jadi influencer, kita kena ada followers yang ramai dan engagement yang tinggi.


Bila kita dah ada audience yang besar, brand-brand akan berminat nak bekerjasama dengan kita untuk promosi produk diorang.


Yang penting, kena creative dan konsisten dalam buat content yang menarik minat followers kita. Jangan lupa, be yourself, Gaiis!


2. Affiliate Marketing (TikTok Shop untuk Pencipta)



Promote produk orang lain, dapat komisen!


Kalau kita tak ada produk sendiri/tak nak pening simpan stock, kita boleh join Program Affiliate (TikTok Shop untuk Pencipta) untuk jana pendapatan. Kita promote produk orang lain, bila ada orang beli melalui link kita/ Showcase, kita akan dapat komisen. Tapi Akaun TikTok kita kena ada more than 1000 followers. (Nak Cepat dapat 1000 followers, kita boleh buat video dengan hashtags #newbieaffiliate & Follow Follback sesama Affiliate, atau boleh juga order kat Mom Ivy Rm150 REAL & PERMANENT+bonus Like/views. GUARANTEED!) WhatsApp now: klik disini


Kita boleh cari produk yang sesuai dengan niche kita, pastu create content yang menarik untuk tarik minat follower kita. Make sure pilih produk yang berkualiti dan boleh bantu orang, baru kita puas hati dapat komisen, kan?


3. TikTok Hadiah Video



Video-video kita boleh dapatkan Hadiah. Jadi Hadiah ni daripada penonton yang menyokong content kita.


Tapi Akaun TikTok kita kena ada more than 10,000 followers & akaun kita dah aktif selama sekurang-kurangnya 30 hari. 


Yang ni kita kena buat video yang menarik minat followers, kerap-kerap interact dengan audience jadi diorang dengan sukarela bagi hadiah untuk kita, Gaiis


4. TikTok Hadiah LIVE



Live stream sambil dapat duit!

Macam platform lain, TikTok pun ada live streaming. Bila kita live, follower kita boleh bagi kita "gifts" yang boleh ditukar dengan duit.


Selain tu, kita boleh buat sesi Q&A, tutorial, atau perform sambil jual produk kita sendiri. Jangan lupa, kena rajin interact dengan audience, baru diorang rasa connected dengan kita!


5. Jual Produk atau perkhidmatan sendiri (TikTok Shop untuk Penjual)



Promote bisnes kita kat TikTok, jimat kos iklan!


Jika kita seorang peruncit, jenama atau perniagaan dengan produk untuk dijual, kita boleh daftar "TikTok Shop untuk Penjual" tanpa mengira jumlah bilangan followers yang kita ada. Menjual/promote produk dengan video dan LIVE memang boleh bantu meningkatkan perniagaan.


Orang kata, "Promote diri sendiri tak rugi." So, kalau kita ada bisnes atau perkhidmatan sendiri, guna TikTok sebagai platform promosi. Boleh share tips, tutorial, atau behind-the-scenes bisnes kita. Berniaga di tik tok tak rugi Gaiiis.


Dari situ, orang akan kenal dan minat dengan produk kita. Jangan lupa, buat content yang relatable dan engaging, supaya orang rasa connected dengan kita.


6. TikTok Creator Marketplace 



Kita boleh bekerjasama dengan jenama-jenama kat Marketplace TikTok dengan mudah dan dapatkan bayaran apabila kita mencipta kempen dengan syarat kita mesti mempunyai more than 100,000 followers sebenar, Gaiiiss.


7. TikTok Program Insentif Permainan



Kita boleh join peraduan untuk post video perkenalan Permainan (Game) & dapatkan ganjaran duit. Kita Klik TikTok Studio - Klik Program Insentif Permainan, Lepas tu kita follow semua syarat untuk join & dapatkan ganjaran duit. Kita boleh dapat Rm5~12 sebagai ganjaran untuk setiap 1000 tontonan video, Gaisss!

8. TikTok Langganan 


Yang ni senang sangat, sebab syarat 100 followers sahaja untuk menjadi pencipta Langganan.

Kita kena pandai-pandai bina komuniti pelanggan dengan berhubung lebih rapat dengan pelanggan apabila kita post atau bersiaran LIVE dan dapatkan bayaran dari sesiapa yang jadi pelanggan kita.

9. Tawarkan perkhidmatan Video Editing

Skill edit video TikTok boleh jana duit!
Ramai orang nak buat video TikTok yang cantik dan menarik, tapi tak reti nak edit. So, ni lah peluang kita!

Tawarkan perkhidmatan video editing untuk TikToker yang memerlukan bantuan. Boleh promosi kat platform lain macam Instagram, LinkedIn, atau Facebook. Jangan lupa, kumpul testimoni dari client untuk bina kredibiliti kita, Gaiiss!

10. Ajar orang lain buat TikTok

Share ilmu, dapat duit!
Ada ramai yang baru nak start TikTok, tapi tak tahu macam mana nak mula. Jadi, kenapa tak kita ajar diorang?

Boleh buat kelas online, workshop, atau private coaching untuk ajar orang lain macam mana nak buat TikTok yang best.

Kalau nak lagi power, buat lah eBook atau video tutorial, lepastu jual online. Ingat, bila kita ajar orang lain, kita pun akan improve skill kita sendiri. 


KESIMPULAN

So ini lah 10 cara buat duit dengan TikTok khas untuk korang yang membaca. Ingat, yang penting kita kena rajin, konsisten dan kreatif.

Jangan takut nak cuba benda baru, sebab kita tak tahu apa yang akan jadi "next update" dalam TikTok. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti kita boleh jadi TikToker yang berjaya dan kaya raya! Good luck, Gaisss. 



Ⓒ 2025 FifieChannel.blogspot.com



0 Comments:

Catat Ulasan