Korang dah tahu? Ciri Facebook Professional atau Fb Pro ni Kita boleh jana wang melalui Monetization/Pengewangan.
Untuk makluman korang, Fb Pro ialah ciri terbaru Facebook yang Kita sebagai pengguna ni boleh jadi pencipta content dan dapat duit juga.
Mom Ivy nak kongsikan 4 cara untuk buat duit dengan Fb Pro dengan syarat-syarat yang mesti Kita penuhi supaya content Kita di Facebook Professional boleh menjana wang.
Berikut ialah syarat dan cara buat duit dengan Fb Pro terbaru, diringkaskan dari laman Facebook rasmi. (26/6/2024)
Cara Mengaktifkan Fb Pro
1. Buka aplikasi Facebook Kita
2. Pada halaman profil, klik simbol tiga titik di kanan sebelah atas (di bawah gambar profil)
3. Selepas itu, pilih "Hidupkan Mod Profesional"
4. Ikut arahan sehingga selesai
5. Selepas berjaya mengaktifkan Facebook Professional, anda boleh segera mencipta content dalam bentuk memuat naik gambar, video, reels dan juga siaran langsung.
Ciri Pengewangan/Monetization Fb Pro
1. Bintang: Biarkan peminat menyokong Kita dengan menghantar Bintang dan Hadiah
2. Iklan di Reels: Dapatkan wang dengan memasukkan iklan dalam Reels.
3. Bonus: Bonus daripada Facebook untuk pencipta content pada siaran Facebook awam Kita, macam foto awam, teks, video pendek dan panjang serta sebarang kandungan awam lain, tidak termasuk reels dan Story.
4. In-stream Ads: Dapatkan wang dengan memasukkan Iklan dalam Live Strim Kita.
1. Bintang
Untuk setiap bintang yang Kita terima, Facebook akan membayar anda $0.01 USD atau bersamaan 5 sen MYR.
♡ Kerap berinteraksi dengan Audien dengan melibatkan diorang untuk video atas permintaan/Request & cipta content yang menarik, supaya diorang bersedia/sukarela untuk memberi hadiah bintang sebagai sokongan kepada Kita.
♡ Kita mesti memenuhi kriteria kelayakan program, mematuhi Dasar Pengewangan Rakan Kongsi dan Pengewangan Kandungan, bersetuju dan kekal mematuhi Syarat Penstrim Bintang, serta melengkapkan proses pendaftaran pembayaran.
♡ Akaun FB Kita mesti mempunyai more than 500 pengikut selama 30 hari berturut-turut.
♡ Kita mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
2. Iklan di Reels
Cara Kita dapat melayakkan diri untuk mula menjana wang dengan Iklan di Reels Facebook:
♡ Kena rajin buat content.
♡ Kita perlu dijemput untuk menyertai program ini. Pada masa ini, Kita tak boleh meminta akses untuk menyertai program ini, tapi kita boleh submit "Saya berminat" supaya FB tahu Kita berminat & masuk dalam senarai jemputan jika dah layak. FB pilih rawak kerana ini masih ciri pengujian produk.
♡ Akaun FB Kita perlu berada pada mod profesional.
♡ Kita mesti lulus dan sentiasa mematuhi Dasar Pengewangan Rakan Kongsi dan Dasar Pengewangan Kandungan Facebook.
♡ Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
3. Bonus
♡ Akaun FB Kita perlu berada pada mod profesional.
♡ Jemputan sahaja boleh submit "Saya berminat" juga, jadi Akaun FB Kita masuk dalam senarai tunggu untuk kelayakan.
♡ Content yang dicipta dalam masa 90 hari dari tarikh mula tempoh pendapatan dan dicipta selepas penyertaan sahaja yang layak dipertimbangkan untuk program ini. 3,000 content pertama yang dicipta semasa setiap tempoh pendapatan sahaja yang layak dipertimbangkan untuk menerima bonus.
Syarat ini mungkin nampak sukar, tetapi jika Kita serius & Kita cipta content yang Kita suka, syarat ini mudah sahaja dicapai.
4. In-stream Ads
Syarat kelayakan Iklan dalam Live Strim Atas Permintaan / On Demand:
♡ Minimum 5,000 pengikut.
♡ 60,000 jumlah minit tontonan sepanjang 60 hari yang lalu. Ini boleh termasuk Live atas permintaan, Live atau siaran langsung terdahulu. Ini tidak termasuk minit yang ditonton daripada masa tontonan yang direntas siar, digalakkan atau berbayar.
♡ Halaman mempunyai sekurang-kurangnya 5 video aktif/Rakaman Live. Video boleh jadi atas permintaan atau Siaran langsung terdahulu, tetapi ini tidak termasuk video direntas siar yang aktif.
♡ Anda mesti lulus dan sentiasa mematuhi Dasar Pengewangan Rakan Kongsi Facebook.
♡ Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Kesimpulan
So ini lah 4 Cara Buat Duit dengan Facebook Pro, Mudah je kan! Ingat, yang penting Kita kena rajin, konsisten, kreatif & kerap interaksi dengan Audien ataupun sokong satu sama lain sebagai pengguna FB pro.
Jangan takut nak cuba benda baru, lagipun dah Ramai pengguna FB Pro yang Berjaya. Nah, Bila pulak kita ni? Jadi kena ada upaya dan bertindak sekarang juga, jangan tunda lagi. Sebab Kita pun mesti boleh berjaya dan kaya raya macam diorang! Good luck, Gaisss.
Ⓒ 2025 FifieChannel.blogspot.com






0 Comments:
Catat Ulasan